Monday, July 2, 2007

Under Construction

Idea untuk ‘memecahkan dan membahagikan’ rumah di kampung kepada rumah dua pintu telah lama didengar, namun baru kali ini impian itu tercapai (rumah itu sekarang didiami oleh abang kpd hubby, Munir). Mungkin kerana bajet kami yang tak seberapa menyebabkan ia agak sukar untuk dilaksanakan. Setelah permuafakatan dipersetujui, bermulalah pembinaan secara berperingkat-peringkat sejak bulan April lalu.

Berkat usaha gigih paman-paman (Paman Nasir, Paman Kamal, Paman Meon & Munir) yang dengan ikhlasnya membantu dari segi tenaga, kemahiran dan masa lapang, dapatlah juga kami melihat hasilnya...buat paman semua, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap keringat dan peluh yang dikeluarkan.

Tak sabar nak melihat ‘rumah’ ini siap. Kami bercadang menjadikan ‘rumah’ ini sebagai tempat berehat kalau balik kampung. At least, senang ler nak pergi mandi-mandi di Sg. Congkak dan sekitarnya. Kalau hubby kena keje time raya pun, ada gak tempat nak dihiaskan...yang penting, Nayli ada ‘rumah’ di kampung dan dapat merasai suasana kampung. Tak ler asik terperap di apartment. Yang lebih penting lagi, kalau kena halau oleh landlord apartment sekarang, ada ler tempat untuk dituju (dah dua bulan tak bayar sewa ni:).

Buat masa sekarang, ‘rumah’ ini mempunyai satu bilik sahaja. Kalau ada rezeki lagi, boleh ler ditambah di bahagian belakangnya. Memang tak sabar-sabar nak menunggu ‘rumah’ ini siap...tapi banyak lagi duit yang perlu dikeluarkan untuk menyiapkannya. Sekarang ini, kami tengah survey barang-barang utk dlm rumah spt pintu utama, tingkap, pintu dapur, sinki dapur, dapur, toilet bowl, toilet sinki, kipas, lampu, paip air, elektrik, cat, siling (mak aih, banyaknya lagi nak kena beli, duit mana!!!).

Batu-bata dipasang untuk dinding ‘rumah’.


Pandangan dari tepi 'rumah'...nak panggil rumah pun tak sampai hati sebab besarnya hanya macam bilik hotel jer, tapi bagiku memadai sebagai tempat berteduh...


Untuk perkembangan selanjutnya, kenalah tunggu...(entah bila dapat lihat 'resort' ni siap agaknya:).

2 comments:

Anonymous said...

askum, wah, dah nampak da sket2 gaya hotel nih, erm... awat tak bayar semwa dua bulan? gaji prob ker? tak tahu pun... what happen? anyway, syok gak nengok umah yang da nak siap, leh g raye nanti, duk lua pun duk lua la, janji dekat ngan umah... heheh...

Anonymous said...

ai, yang anonymous tuh i ler, i kan tak de akaun, i ler yur sister, ayu..hehe..lenkali i put my name in the last line ok...
ayu