Malam itu, husband pula teringin nak makan makanan 'simple' tapi cukup, aku pun masak ler apa yang patut. Setelah puas memikirkan apa yang dimaksudkan dengan 'simple' tapi cukup itu, aku pun mula menyelongkar dalam 'gerobok' (kabinet dapur dlm istilah org Jawa) dan sambil-sambil membuka peti ais, tercetuslah idea untuk menghasilkan masakan simple but cukup itu..yang penting masakan itu lauk utamanya mestilah tidak pedas untuk menjaga perut si kecil di samping lauk sampingan lain yang bolehlah di'pedaskan'...(susah kalau sorang nak pedas, sorang tak boleh pedas ni..) dah ler si kecil sekarang dah pandai minta 'nak acik' means 'nak nasi'...:)
Aksi Nayli mintak nasi...

Setelah 30 minit di dapur bermula dari sesi membasuh beras hingga mengelap dapur, makanan 'simple' aku siap dihidangkan...ayamas chicken curry, telur masak kicap, dan sayur terung dan kentang goreng...(at least takder lah ikan sardin malam ni:)...

Keesokan harinya pula, husband teringin nak makan ketam (sbb keinginan org sakit, so aku pun pergi ler ke pasaraya dekat dengan rumah untuk mencari ketam, santan, serai dan sayur)...balik dari pasaraya dah pukul 12.20 tengahari. Ish, camner ni sebab kul 1 nak tengok siri 'Lost' ulangan...
So, dalam keadaan tergesa-gesa terus aku masuk dapur dan mula ler memasak nasi. Memandangkan aku akan memasak tiga jenis menu hari ini, mula ler aku mengupas bawang, menumbuk bawang, cili dan serai untuk menu pertama iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api...setelah periuk sudah di atas dapur, aku lagi sekali mengupas bawang untuk menu kedua, iaitu Ikan Goreng Kicap...setelah ikan siap digoreng, aku lagi sekali mengupas bawang untuk menu ketiga iaitu Sayur Kacang Bersos Tiram...
Akhirnya, setelah 45 minit di dapur, dapat juga aku tengok citer 'Lost' sambil itu menyeduk nasi ke dalam pinggan, tunggu wap nasi hilang dulu...Tapi, pukul 2 petang baru kami makan nasi sebab aku jadi tak selera pula sebab terlalu tergopoh-gapah...dan si kecil pula tertidur sebelum nasi sempat masak...(kesian dia)...
Inilah hasilnya, yang penting menu ketam tu licin hingga pinggannya macam tak perlu dibasuh jer...:)

1 comment:
ermmmm... yummy, nak ketam, nak gulai,nak kacang panjang, nak seme2... bestnyer
ayumizanmahlil
Post a Comment