Monday, October 8, 2007

Lebaran 2007

Seperti tahun sudah, raya pertama kali ini disambut di Kg. Jawa di Hulu Langat. Memang tidak dapat dinafikan, beraya di sini luar biasa meriahnya. Suasana dan adat orang Jawa di sini menambahkan lagi kemeriahan dan keseronokan beraya...

Aktiviti di malam raya, membakar lemang...




Berhimpun di rumah Embah Buyut selepas solat raya...




Aktiviti bergambar dan bergambar...








Pada hari raya kedua, barulah kami berangkat pulang ke Terengganu...

"Selamat Hari Lebaran Minal Aidil Wal-Faizin, Mari Mengucapkan Syukur Ke Hadirat Ilahi"

Wednesday, October 3, 2007

Cookies for Lebaran

Persiapan untuk menyambut lebaran kali lebih meriah kerana Nayli semakin petah dan banyak soalnya. Kemeriahan menyambut Syawal semakin dinantikan kerana kami berjaya menyiapkan beberapa cookies sebagai buah tangan untuk dibawa pulang ke kampung (rasa tak sabar nak beraya kerana dapat membuat beberapa jenis biskut dengan jayanya). Dalam kesibukan, dapat juga kami luangkan masa membancuh adunan dan membakarnya. Tahun ni, ada seorang yang boleh diharapkan untuk menolong walau lain yang disuruh lain yang diambilnya...

Secret Recipe #1 - Biskut Cornflakes Madu


Secret Recipe #2 - Biskut Keju Paprika


Secret Recipe #3 - Biskut Kacang Coklat Cip

Friday, September 28, 2007

The Ambeng Story

Nasi Ambeng atau Nasi Ambang merupakan suatu juadah yang biasa dilihat di majlis kenduri arwah atau majlis tahlil.


Ambeng akan disediakan dalam beberapa jenis menu. Antaranya ialah mee goreng, daging rendang, sambal goreng dan pelbagai jenis lauk lain yang berbeza mengikut cita rasa tuan rumah masing-masing.


Nasi putih yang masih panas akan diletakkan di dalam dulang. Di atasnya akan dilapikkan dengan daun pisang (yang dipotong bulat mengikut ukuran dulang). Di atas daun pisang tersebut akan diletakkan beberapa jenis lauk.


Setelah bacaan tahlil selesai, dulang yang berisi ambeng akan diedarkan bersama dengan bungkusan kertas dan daun pisang untuk dibahagikan. Biasanya, satu dulang akan dibahagikan kepada empat atau lima orang. Seorang ketua akan membahagikan ambeng tersebut dan dibungkuskan untuk dibawa pulang.


Pertama kali melihat cara penyediaan ambeng ini memang menimbulkan pertanyaan. Agak pelik juga melihat tetamu hanya minum air sahaja dan kemudian membasuh tangan untuk membungkuskan ambeng untuk dibawa pulang ke rumah dan dimakan bersama keluarga.

Keistimewaan nasi ambeng ini, semua makanan yang dihidangkan akan habis dibungkus pulang manakala tuan rumah pula tidak perlu membasuh banyak pinggan mangkuk…

Thursday, September 27, 2007

Ahlan Ya Malizi

Seperti yang dijangka suasana di Qatar memang panas, berdebu dan tidak banyak pokok. Pengalaman di Doha selama dua minggu meninggalkan anak dan suami agak memeritkan. Tambahan pula dengan seminggu berpuasa di sana. Hanya bantal Nayli yang menjadi peneman tidur dan pengubat rindu...

Pemandangan dari tingkap apartment...


Pemandangan dari tingkap pejabat...


Pemandangan dari tingkap kereta...




Ada sebuah rumah yang penuh dengan tumbuhan hijau...


Bandar Doha...






Stadium sukan asia di Doha...


Yang pasti, ketika pesawat tiba di KL selepas tujuh jam perjalanan dari Doha merupakan sesuatu yang amat melegakan...

Nayli’s Birthday

Diam tak diam, anak kesayangan kami, Nur Nayli Damia telah pun mencecah dua tahun pada 19 September lepas. Rasanya terlalu cepat Nayli membesar hingga banyak perkembangannya tak dapat diingati. Tiada perkataan dapat menggambarkan betapa sayangnya mama pada Nayli. Mama loves u so much...

Happy Birthday to my dearest daughter...

Monday, September 3, 2007

Sweet September

When September comes, its brings me one year older…

When September comes, its reminds me of our ‘persandingan’ at Hulu Langat…

When September comes, its shows Nayli reaching two years old…

When September comes, its puts me eight years in this company…

When September comes, is it our dreams will come true?

My sweet September has comes…

Wednesday, August 15, 2007

Home Sweet Home

Kesempatan untuk balik kampung memang amatlah ditunggu, sementelah nenek dan atuk Nayli asyik bertanyakannya. Kami bertolak dari Puchong pada pukul 6:30 pagi...dan selamat sampai tepat pukul 2 petang...setelah tujuh jam perjalanan dan banyak kali berhenti...

Bahagian hadapan rumah di Merchang...


Tempat parking, selalunya siapa yang sampai dahulu akan dapat park kereta di sini, yang lain bawah pokok ler...


Tempat berehat yg baru siap...


Nayli di kawasan belakang rumah...


Antara aktiviti di malam hari...membakar ikan yg baru abah dapat pagi tadi...


Antara flora yang terdapat di sekitar rumah...




Antara fauna yang biasa dilihat di sekitar rumah...



Sepetang di Pantai Kelulut...


Sepetang di Pantai Batu Buruk...


Walaupun balik kampung atas urusan kerja, namun aktiviti yang dilakukan bersama mama dan abah di kampung benar-benar dapat menenangkan perasaanku...

Monday, July 2, 2007

Under Construction

Idea untuk ‘memecahkan dan membahagikan’ rumah di kampung kepada rumah dua pintu telah lama didengar, namun baru kali ini impian itu tercapai (rumah itu sekarang didiami oleh abang kpd hubby, Munir). Mungkin kerana bajet kami yang tak seberapa menyebabkan ia agak sukar untuk dilaksanakan. Setelah permuafakatan dipersetujui, bermulalah pembinaan secara berperingkat-peringkat sejak bulan April lalu.

Berkat usaha gigih paman-paman (Paman Nasir, Paman Kamal, Paman Meon & Munir) yang dengan ikhlasnya membantu dari segi tenaga, kemahiran dan masa lapang, dapatlah juga kami melihat hasilnya...buat paman semua, hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas setiap keringat dan peluh yang dikeluarkan.

Tak sabar nak melihat ‘rumah’ ini siap. Kami bercadang menjadikan ‘rumah’ ini sebagai tempat berehat kalau balik kampung. At least, senang ler nak pergi mandi-mandi di Sg. Congkak dan sekitarnya. Kalau hubby kena keje time raya pun, ada gak tempat nak dihiaskan...yang penting, Nayli ada ‘rumah’ di kampung dan dapat merasai suasana kampung. Tak ler asik terperap di apartment. Yang lebih penting lagi, kalau kena halau oleh landlord apartment sekarang, ada ler tempat untuk dituju (dah dua bulan tak bayar sewa ni:).

Buat masa sekarang, ‘rumah’ ini mempunyai satu bilik sahaja. Kalau ada rezeki lagi, boleh ler ditambah di bahagian belakangnya. Memang tak sabar-sabar nak menunggu ‘rumah’ ini siap...tapi banyak lagi duit yang perlu dikeluarkan untuk menyiapkannya. Sekarang ini, kami tengah survey barang-barang utk dlm rumah spt pintu utama, tingkap, pintu dapur, sinki dapur, dapur, toilet bowl, toilet sinki, kipas, lampu, paip air, elektrik, cat, siling (mak aih, banyaknya lagi nak kena beli, duit mana!!!).

Batu-bata dipasang untuk dinding ‘rumah’.


Pandangan dari tepi 'rumah'...nak panggil rumah pun tak sampai hati sebab besarnya hanya macam bilik hotel jer, tapi bagiku memadai sebagai tempat berteduh...


Untuk perkembangan selanjutnya, kenalah tunggu...(entah bila dapat lihat 'resort' ni siap agaknya:).

2 Days 1 Night

Last May, we went to Malacca for a holiday. The mission was to take our child, Nayli ‘jalan-jalan’ to cheer her up, after being told by her nanny that she was behaves passively at Taska. According to her nanny, she was refused to follow their order, like asking her to sit down or sleep or eat. She will stand up consistently (while looking at her another friends playing around) until they ask her to sit. As her parents, of course this situation was extremely shocked because she was totally different at home. After a short discussion with my hubby, we were decided to take her somewhere that we could spend most times together. Just to be with her...

We were checked-in at Mahkota Hotel at 12 pm; our room was a one-bedroom apartment.


Adjacent is Mahkota Parade, the place that we had our lunch for that day.

After taking a nap, we were ready to take Nayli into the pool. There’s nothing more left to say...when to see her smiling and laughing...


Setelah puas bermandi-manda, we start our tour to see historical attractions of Malacca. We parked our car nearby and took a ‘beca’ that brought us around the town.
At the A’Famosa entrance walls. Nayli pula tertidur kepenatan...


At night, we went to Umbai for our dinner...The ikan bakar was so nice, ditambah pula dengan aroma nasi lemak daun pisang, kat sini memang dihidangkan nasi lemak daun pisang...kiranya kita orang makan ikan bakar berlaukkan nasi lemak dan bukannya nasi lemak berlaukkan ikan bakar...(Sayang takder picture masa ni, don’t think that I will start blogging myself:).

After 2 days 1 night ‘jalan-jalan’, we can see Nayli was so happy and we were happy to see her happy again...”Mission Completion!”.

Sunday, July 1, 2007

My Baby You

Nowadays, I have noticed that Nayli was so addicted with her hat. She will always put her hat on whenever we going outside. When she saw us were ready to go out, she usually grab anything that she likes, such as toys, bear, beg, book or something that she wants to hold before walking to the door..It's been something that she cant never forget...like we were normally do, like grab a keys or wear a tudung...

Di rumah pun suka pakai topi...(ini sebab dia nampak kamera)...


Suatu petang di Alamanda...


Suatu petang di IOI Mall...

Jiffy Cook

What to cook tonite/today? Its a question that sometimes wouldnt gives you so much options. I know many mums out there agreed with me. Kadang-kadang jemu juga dengan makanan bungkus yang dibeli di restoran ala thai yang berlambak-lambak di sekitar rumah dan asik-asik menu yang diorder ialah nasi goreng kampung, sup ekor dan ikan kembung tiga rasa.

Malam itu, husband pula teringin nak makan makanan 'simple' tapi cukup, aku pun masak ler apa yang patut. Setelah puas memikirkan apa yang dimaksudkan dengan 'simple' tapi cukup itu, aku pun mula menyelongkar dalam 'gerobok' (kabinet dapur dlm istilah org Jawa) dan sambil-sambil membuka peti ais, tercetuslah idea untuk menghasilkan masakan simple but cukup itu..yang penting masakan itu lauk utamanya mestilah tidak pedas untuk menjaga perut si kecil di samping lauk sampingan lain yang bolehlah di'pedaskan'...(susah kalau sorang nak pedas, sorang tak boleh pedas ni..) dah ler si kecil sekarang dah pandai minta 'nak acik' means 'nak nasi'...:)

Aksi Nayli mintak nasi...


Setelah 30 minit di dapur bermula dari sesi membasuh beras hingga mengelap dapur, makanan 'simple' aku siap dihidangkan...ayamas chicken curry, telur masak kicap, dan sayur terung dan kentang goreng...(at least takder lah ikan sardin malam ni:)...


Keesokan harinya pula, husband teringin nak makan ketam (sbb keinginan org sakit, so aku pun pergi ler ke pasaraya dekat dengan rumah untuk mencari ketam, santan, serai dan sayur)...balik dari pasaraya dah pukul 12.20 tengahari. Ish, camner ni sebab kul 1 nak tengok siri 'Lost' ulangan...

So, dalam keadaan tergesa-gesa terus aku masuk dapur dan mula ler memasak nasi. Memandangkan aku akan memasak tiga jenis menu hari ini, mula ler aku mengupas bawang, menumbuk bawang, cili dan serai untuk menu pertama iaitu Ketam Masak Lemak Cili Api...setelah periuk sudah di atas dapur, aku lagi sekali mengupas bawang untuk menu kedua, iaitu Ikan Goreng Kicap...setelah ikan siap digoreng, aku lagi sekali mengupas bawang untuk menu ketiga iaitu Sayur Kacang Bersos Tiram...

Akhirnya, setelah 45 minit di dapur, dapat juga aku tengok citer 'Lost' sambil itu menyeduk nasi ke dalam pinggan, tunggu wap nasi hilang dulu...Tapi, pukul 2 petang baru kami makan nasi sebab aku jadi tak selera pula sebab terlalu tergopoh-gapah...dan si kecil pula tertidur sebelum nasi sempat masak...(kesian dia)...

Inilah hasilnya, yang penting menu ketam tu licin hingga pinggannya macam tak perlu dibasuh jer...:)

Tuesday, June 26, 2007

Beneath the Moon



Would like to share my favourite song when i was 17 yrs old. This song really helps me to sooth my feelings in bad and good times...(at this time, i was staying with my late grandma and grandpa...)

I still can smell the air and the heat...memang masa tu tersangat ler panas sehingga aku menjadi pengumpul botol minyak cap kapak...

This is the lyric of the song...it was an Indonesian song and until now i still dont know what the title is...

Di malam yang sesunyi ini...
Aku sendiri, tiada yang menemani
Dia telah pergi tinggalkan diriku...
Adakah semua kan terulang...
Adakah kisah cintaku yang seperti dulu

Mengapa terjadi pada diriku...
Aku tak percaya kau telah tiada...
Haruskah ku pergi tinggalkan dunia...
Agar aku dapat berjumpa denganmu...

Lagu ini menjadi begitu bermakna setelah aku kehilangan kedua-dua datuk dan nenek yang menjaga dan membesarkanku sehingga 17 tahun...

why 'beneath the moon'? sbb masa tu atap rumah mmg bocor sehingga aku selalu berada di bawah bulan kala malam...kalau hujan plak mmg kena tadah baldi besar punyer, sedih plak bila teringat life masa ni...anyway life must goes on...

Thursday, June 21, 2007

Ligament and Meniscus

Have you ever heard of ligament or meniscus? If yes, then probably you know about ligament tear and meniscus tear? Hmm, bunyinya agak menakutkan namun itulah kejadian yang telah menimpa abang pada 5 June 2007. Kejadian berlaku sewaktu suamiku sedang melakukan latihan bola mewakili company. Yang lebih menakutkan, sewaktu dia jatuh semasa sliding bola, dia terdengar 'pop' sound like something was broken...Then, suddenly he couldnt even walk...That was around 6pm...(masa ni memang shift dia kerja petang, dan biasanya dia akan sampai rumah pukul 1pagi jika bekerja untuk shift petang).

Dalam pukul 11 malam, aku menerima panggilan telefon daripadanya meminta aku datang menjemputnya sebab dia tak boleh jalan semasa training bola. Masa tu di ingatan aku cuma mungkin dia terseliuh sahaja...

Pukul 12 malam, aku terus membawanya ke sebuah hospital swasta di Taman Desa dan doktor cuma memberikannya suntikan penahan sakit...

Keesokannya, aku terus membawa suamiku ke sebuah hospital swasta di Puchong untuk menjalani x-ray dan dari situlah doktor memberitahu ligamen suamiku koyak dan meminta kami pergi ke hospital yang menyediakan perkhidmatan MRI.

Keesokannya pula, kami telah berbincang dan bersepakat untuk pergi ke Hospital Putrajaya memandangkan kos rawatan di hospital swasta agak mahal. Lebih kurang tiga jam menunggu, barulah giliran kami untuk berjumpa dengan doktor pakar ortopedik tiba. Doktor seterusnya menyarankan agar suamiku melakukan pembedahan kerana kecederaan yang dialaminya agak serius. Doktor juga mencadangkan agar suamiku dapat melakukan pembedahan di hospital panel kerana kos pembedahan ortopedik agak tinggi.

Nasib suamiku agak baik kerana doktor mencadangkan agar suamiku melakukan pembedahan di Hospital Pusrawi yang kebetulannya merupakan hospital panel di tempat suamiku bekerja. Dua hari berehat di rumah, aku terus membawanya ke Hospital Pusrawi untuk berjumpa dengan pakar ortopedik dan khusus untuk sports injury.

Sebaik doktor melakukan pemeriksaan ke atas suamiku, beliau menyatakan tahap kecederaan yang dialami suamiku di tahap serius kerana ternyata ligamennya putus dan meniscusnya juga turut koyak.

Doktor terus mencadangkan agar suamiku dimasukkan ke wad untuk pembedahan pada keesokan harinya. Tetapi suamiku membantah dengan alasan beliau belum bersedia dan meminta tangguh keesokan harinya.

Sementara menunggu pendaftaran untuk kemasukan ke wad...


Hari pertama di wad...masih mampu tersenyum walau debaran di hati menunggu saat untuk masuk ke OT...


Persiapan sebelum pembedahan...berpuasa bermula dari pukul 10 pagi hingga tiba waktu masuk ke bilik pembedahan...


Dan ini juga...


The operation theatre...3:58pm


Sebaik sahaja selesai pembedahan...7:45pm...belum sedarkan diri sepenuhnya...


Darah yang keluar dari lutut selepas pembedahan...


Day 2...at An-Nur room...tidak lagi bisa tersenyum...


Day 9...at physioterapy session


Aksi Nayli yang tidak sabar-sabar ingin menjemput papanya yang akan pulang dari hospital pada hari itu, setelah empat hari tidak berjumpa...


The doctor's room...


Teman paling rapat semenjak dua minggu lepas...


Day 11...parut akibat pembedahan...garisan memanjang adalah kesan semasa pembedahan untuk ligamen yang putus...


Sementara parut kecil di kiri dan kanan adalah semasa pembedahan membetulkan medial meniscus yang koyak. Menurut doktor, terdapat dua skru titanium sepanjang 2cm dimasukkan semasa pembedahan tersebut.


Ngeri? takut? terperanjat? Wait till you see this...!



Ini gambar rakaman semasa pembedahan tersebut (ada dvd juga)...Puas aku memujuk hubby untuk melihat gambar ini tapi dia tak mahu, 'takut' katanya...Menurut doktor, gambar ini telah dibesarkan sebanyak dua kali dari keadaan sebenar...Nanti bila jumpa doktor lagi, aku akan minta dia terangkan situasi gambar ini..Tunggu...!