Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Hari Raya (Kg Jawa)

Setiap tahun pasti ada sambutan hari raya peringkat Kg Jawa... Tahun ini tempatnya adalah di rumah ketua kampung.

Antara acara pada tahun ini adalah makan-makan (wajib), live band, karaoke yang selalunya diadakan selepas Isya'. Kebiasaannya yang menjadi penyanyi adalah golongan veteran penduduk kampung ini jugak... Makanan pula akan disumbangkan oleh penduduk kampung...

Meriah pula rasanya melihat satu kampung datang beraya dengan diselangi acara-acara sampingan...

Antara gambar yang berjaya diambil pada malam tersebut... Sekali hujan daaaa...





Wednesday, October 15, 2008

My Baby You (Part III)

Nayli sekarang semakin cepat belajar... Makin manja dan penyayang, nampak sangat nak belajar jadi kakak...



Aktiviti utama kalau balik Langat mesti naik basikal dan pakaikan lampin pada doll yang dipanggil 'kakak'... Sampai berjam-jam cuba pakaikan lampin tersebut...


Nayli dari baby dulu kini dah berubah menjadi anak gadis kesayangan mama dan papa... Terasa cepatnya masa berlalu...



Monday, October 13, 2008

Open House (The Kadis Family)

Meriahnya kalau buat open house besar-besaran ni... Tambah meriah kalau semua adik beradik berkongsi juadah dan juga tetamu dalam satu majlis yang diraikan bersama... Makanannya punyalah pelbagai jenis sampai tak termakan, kiranya boleh lawan buffet di hotel... tapi biasalah kalau kenduri kat rumah embah si Nayli ni, memang makanan sentiasalah banyak... dan semuanya dimasak sendiri...

Kaunter 1 (Mee Jawa, Nasi Beriani)


Kaunter 2 (Laksa, Pecal, Lontong)


Kaunter 3 (Ini saja enterframe kaunter paman ni...)


Kaunter 4 (Soto, kuih muih)


Kaunter 5 (Bakso, Sup Gear Box)


Setelah penat makan dan medang, aktiviti aku hanyalah mengambil gambar... penat melihat orang ramai datang sampai ke malam...






Nayli dah kekenyangan dan kepanasan...


Nayli masa mood tengah ok...


Nayli masa mood kurang ok...


Nayli masa mood dah tak ok...


Nayli dengan salah seorang neneknya, mak idok...





Nayli di rumah embah buyutnya...




Saja jer posing di belakang rumah tengah-tengah panas...

Thursday, October 9, 2008

Nayli's Third Birthday

Selamat Ulang Tahun yang Ketiga buat anakanda tercinta, Nur Nayli Damia...


Hanya doa dan kasih sayang mama dan papa mengiringi setiap gerak langkahmu...


Harijadi Nayli tahun ini tambah bermakna kerana dapat diraikan di 'resort' yang baru siap dibina pada pertengahan bulan puasa 2008.


Memandangkan ulangtahun Nayli ketiga ini jatuh lagi pada bulan Ramadan, makanan yang dihidangkan pun agak simple kerana keletihan tuan rumah dan kekenyangan tetamu yang baru lepas berbuka puasa... Hanya macaroni goreng, ayam goreng dan nugget menjadi santapan malam itu...


Mama sentiasa akan menyayangi Nayli selamanya...

Dream Comes True (Rumah Idaman)

Setelah sekian lama mengimpikan untuk memiliki rumah sendiri, akhirnya siap juga rumah yang dibeli di Kajang ini. Bukan mudah bagi kami berdua untuk memenuhi impian yang satu ini kerana bukan sedikit jumlah wang yang harus dihabiskan untuk mencapai impian tersebut.

Akhirnya, setelah setahun lebih menunggu rumah idaman ini siap, dapatlah dilihat keadaan rumah idaman yang sebenarnya, agaknya bilalah nak dapat kunci rumah ini...

Tapi bila difikirkan, takut juga, takut tak cukup duit nak beli barang-barang sebab segala-galanya kena dibahagikan dua dengan rumah di Langat...





Apa-apa pun, duduk atas tikar pun atas tikarlah...

Aidilfitri 2008

Alhamdulillah, Aidilfitri tahun ini dapat disambut lagi walau kemeriahannya kurang dirasakan kerana kehilangan embah tersayang...




Kenangan di hari raya pertama... Selepas raya nanti, akan bertambah lagi seorang ahli keluarga kami...





Foto di pagi raya di rumah embah yang baru diubahsuai...

Mission Completion (Little House in Da La 'Ngat)

Akhirnya, setelah 17 bulan menunggu dapat juga kami melihat rumah kecil ini siap. Walau bukan sepenuhnya lagi (bahagian anjung rumah masih menunggu bajet baru)... hasrat kami untuk datang dan tidur masa cuti dan kelapangan terlaksana jua akhirnya...

Pintu depan...



Nayli di ruang tengah rumah...


Ruang makan (10' x 7')


Kaunter antara ruang makan dan dapur...


Nayli dan papanya di ruang makan...


Ruang tv (10' x 9')


Nayli dan papa di ruang TV...

Nayli di salah satu sudut rumah...




Ini sepatutnya meja belajar Nayli, tapi tumpang letak barang baby dulu...


Almari lama arwah mak yang diubahsuai...


Ruang dapur (10' x 9')


Bilik tidur (10' x 12'). Setakat ini hanya ada almari arwah emak jugak yang dicat semula...


Bilik mandi (5' x 9'). Setakat ini hanya guna air bukit lagi. Kena tunggu next bajet baru dapat apply air kerajaan...


Keseluruhannya, rumah ini hanyalah seluas 20' x 30' (lebih kurang) dan banyak lagi hiasan yang perlu ditambahkan untuk melengkapkannya... namun, bersyukur kerana ada juga tempat persinggahan kalau balik langat... alhamdulillah...

Tuesday, February 19, 2008

My Baby You (Part II)

Nayli kini telah pun mencecah 29 bulan. Dari hari ke hari Nayli membesar dengan penuh kasih sayang yang tak berbelah bagi dari Mama...


Saat mandi pun berjaya mama rakam...


Ini pula baru lepas bangun tidur dan asyik pula menonton rancangan kartunnya...


Nayli melukis gambar rumah...


Ketika di dalam kereta...




Wajah Nayli ketika mengenakan tudung ole-ole dari Qatar...




Tidurlah wahai anakku, mama sayang Nayli so much... Apapun yang terjadi, Nayli tetap baby Mama buat selamanya...