Thursday, May 21, 2009

Anak-Anakku

Suka ambil gambar Hafiy dan Nayli tengah tidur.. dah ler gaya sepesen jer...




Hafiy sekarang sudah pandai meniarap...


Nayli mesti nak suh ambil gambar dia jugak...

Flora & Fauna

Suka hati betul bila bunga-bunga yang dijaga berbunga sentiasa... Bila duduk kampung nie baru terasa nikmat menjaga dan menyiram pokok bunga... Hajat di hati memang nak penuhkan sekeliling rumah dengan bougainvillaea dan juga bunga ros...




Sengaja ditanam di kiri dan kanan rumah untuk dibiarkan berjuntai panjang...



Ada pula yg sesuka hati melepak di depan rumah...

Balik Kampung (May 2009)

Yahooo, akhirnya dapat juga balik kampung bulan nie utk pertama kali buat tahun ni.. (lama betul tak balik)...

Oooo, rupanya pagar dah berwajah baru... tak sempat dicat lagi rupanya...




Seronok tengok ikan mas ini, ada sekor tu abah panggil 'ikan sarkis'... Bila tanya naper, abah kata ikan tu suka terbalik2... aah, mmg betul dia suka terbalikkan badan sambil makan even sambil berenang pun... tapi susah ambil gambar dia buat aksi tu


Abang beraksi dgn tangkapan ikan abah utk hari tu... Pergi juga ke laut walau hampir mabuk laut... tapi puas tgk ikan besar2 dan terus goreng.. bestnya...

Gaya control macho


Gaya hero tua tak sedar diri (tgh perasan)


Gaya lembut poyo adik-adik manja (tau la ramai peminat kat rapid)

Bila lah dapat balik kampung lagi, yg pasti bulan 9 nanti la...

Thursday, April 23, 2009

Surprise to Papa Nayli!

Saja jer mengambil peluang untuk bersukaria dengan membuat jamuan kejutan sempena besday papanayli. Semoga akan menjadi suami yang baik dan bapa yang penyayang kepada seluruh ahli famili...

Kek besday papanayli...


Nayli tengah practice sebut "Surprise"...


Tengah tunggu papa balik untuk buat kejutan...(muka dah boring menunggu ni, papa lom muncul2 lagi)


Papanayli tengah bukak hadiah (muka takder terharu punnn...)


Tapi tak kisahlah asal Nayli yang teruja tengok besday boy tua...

Monday, January 5, 2009

Introducing Wazif Dean Hafiy

Alhamdulillah, tanggal 27 Oktober 2008 yang lalu seorang lagi cahaya dalam keluarga kami selamat dilahirkan. Kali ini secara normal setelah 12 jam bergelut dengan kesakitan dan menahan azab sengsara...

Tepat pukul 12.34 tengah malam, Wazif Dean Hafiy berjaya dikeluarkan dengan jayanya walau penuh dengan jahitan di sana sini... heheh

Gambar-gambar Hafiy ketika masih dalam pantang...










Hari ke 5 - Upacara memotong jambul di rumah embah di Kg Jawa... terima kasih pada seluruh keluarga yang bertungkus lumus memasak dan menjayakan majlis cukur jambul Hafiy...












Hari ke 45 - Majlis aqiqah di Merchang... terima kasih pada abah dan ma yang memberikan dua ekor biri-biri untuk kenduri aqiqah Hafiy...




Semoga Hafiy membesar sebagai anak yang soleh dan beriman... aminnn

Tuesday, October 21, 2008

Jamuan Hari Raya (Kg Jawa)

Setiap tahun pasti ada sambutan hari raya peringkat Kg Jawa... Tahun ini tempatnya adalah di rumah ketua kampung.

Antara acara pada tahun ini adalah makan-makan (wajib), live band, karaoke yang selalunya diadakan selepas Isya'. Kebiasaannya yang menjadi penyanyi adalah golongan veteran penduduk kampung ini jugak... Makanan pula akan disumbangkan oleh penduduk kampung...

Meriah pula rasanya melihat satu kampung datang beraya dengan diselangi acara-acara sampingan...

Antara gambar yang berjaya diambil pada malam tersebut... Sekali hujan daaaa...





Wednesday, October 15, 2008

My Baby You (Part III)

Nayli sekarang semakin cepat belajar... Makin manja dan penyayang, nampak sangat nak belajar jadi kakak...



Aktiviti utama kalau balik Langat mesti naik basikal dan pakaikan lampin pada doll yang dipanggil 'kakak'... Sampai berjam-jam cuba pakaikan lampin tersebut...


Nayli dari baby dulu kini dah berubah menjadi anak gadis kesayangan mama dan papa... Terasa cepatnya masa berlalu...